Friday 29 March 2013

terase????


Assalamualaikum...juz wanna share something..
tgelak bile bce nie...
bce kat kak nonoi setiap point y ade...
laju je k nonoi sebut watak y dmksudkan...
anda y kuat trase n stalker tuh...
tanak trase ke kali nie????

bile pkir2 balik...
ade betol nye la what this psychologists say...
renung2kan....
which category are you??
let me translate it in a simple word yeahh...



1. org yang kuat ketawa walaupun pd bnda y agak bodoh la juge...sebenarnye jauh d sudut ati die...kesunyian rupenye....(kalo da tbe2 tngok laptop gelak ha....ha...ha.... ta tentu pasal tetbe...kan..)
2. org y kuat tdo ni..dlam kesedihan sebenarnye...(bile tdo..boley la lupe jap mslah)
3. org y kurang berckap tp bile bckap..laju smcm je...die simpan rahsia sebenarnye...(mungkin la kot)
4.org y susah nk nanges..die lemah sebenarnye..(sebab die taw die lemah..jd die tnjuk die kuat ngan ta menanges...cam..menanges lam bilik air ke...sorg2...kan...)
5. ta phm sngat...
6. org y menanges dsebbkan bnda kecik je..die ni innocent...ape ntah lam bhse mlyu...cam lurus la..ta bslah jer...n lembut ati...(ehem2..cam taw je sape..)
7. kalo org nie mrh tetbe pd bnda y alahai..remeh je..conth..ta ajak kua mkan sme2...die ni perlukan kasih syg sebenarnye...ataupun seng kate la...kurang kasih syg...

ok..itu shje untk post kali nie..
assalamualaikum wbt...

Friday 22 March 2013

dulu dan kini

DULU...
okay..dulu ko kate aq nie bkwn ngan org sebab kepentingan dri..
tapela...aq trime..
tapi..lme2 aq tpkir...bhgian mne y ko nmpak aq kwn ngan org sebab sesuatu..
nk kate aq kwn ngan ko sebab sesuatu..
sorry to say..
but u've nothing..
aq ulang..
u've nothing..
ade aq pinjam moto ko??
duit??
o ape2 jer??
ko aja aq ngungkit kan..
skang aq ungkit..
bukan ko ker y gune moto aq??
ko nk sngat mngungkit kan..
nie ag ungkit la nie...
sebabnye..aq mmg ta suke n ta phm bile ko kate aq kwn ngan org sebab sesuatu..
sedgkan aq ta de pon nk gune hrta org...
n bg aq...kalo aq pinjm brg2 kwn pon..normal la..
nme pon kwn kan...
len la kalo ko jenis ta suke brg ko dpinjam...

tapi..

SEKARANG...

g tngok cermin..
n belek balik...
sape y bkwn untk kpentingan diri????
len kali jngn men ckap jer..
kan da tkena kat dri sndri..
malu taw ta..

so...len kali bile nk bkata2..pkirla dlu..

sekian....

Sunday 3 March 2013

pot pet pot pet


assalamualaikum..
tertarik pd tulisan ustaz pahrol..
.
.
ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

....kalau kite mmberi sesuatu pd org..adakah kite menghrapkan balsan atau kite mmg benar2 ingin membantu???fikir2kan..ape maksud ikhlas y sebenar2 nye?adakah kite benar2 ikhlas?adakah dengan mengungkit itu menunjukkan kite benar2 ikhlas?adakah bantuan y kite berikan itu memrlukan org y menerima bantuan itu untk terhutang budi smpai ke akhir hayatnye??adakah itu ikhlas??tepuk dada tnya dri..

Luahan rasa 4



Rasa SAKIT HATI tidak akan sembuh jika hati ini sering bersangka buruk dan berdendam dengan seseorang. Masyaallah."

Luahan rasa 3







Mereka yang rajin mengipas di hadapan juga berpotensi untuk mencucuk daripada belakang. Jangan mudah gembira dengan kipasan kenalan. Bahkan perlu disuburkan amalan beristighfar bila diangkat teman atau dikipas kenalan.

Luahan rasa 2






Orang kutuk,Orang hina,Orang judge, Orang bash,Orang maki kita, Diamkan je.Nanti kalau dia penat,Dia akan bosan.Bila bosan, dia akan diam


sekian..

Luahan rasa 1



assalamualaikum..
adakala rase nk je jerit kuat2..nanges puas2..
tapi..
kuatkan juge ati nie..
izni..ko kena kuat..jngn bg org nmpak y ko lemah...
betol ke cara aku nie..
JANGN BAGI ORG Y TA SENANG NGAN KITE NAMPAK KITE LEMAH????/
entahla..
org boleh kata ape shaje y diaorg nak..
kite ta mampu nk tutup mulot dieorg dri bkata2..
skang nie..
aku nk jd izni y kuat..
izni y tabah..
izni y x mudah mgalirkan airmata..
izni y sabar..
izni y yakin pd kuasa Allah..
izni y yakin pertolongan Allah tu sentiasa ada..
izni y ta mudah berputus asa..
izni y akan trus berjuang.
izni y akan jage pertuturan..
izni y akan berubah kepada semua aspek positif..

semoga dipermudahkan..;)

Saturday 2 March 2013

batu+api=?????

assalamualaikum...Sekian lme ta update new entry..rase mcm jari jemari nie tgedik gedik je nk taip hri ini..harap2 bukan atas dasar emosi..org pompuan kalo mgamuk..n mgeluarkan kata2 ta elok...sngatla buruk... BATU API. Eh eh, aku ni dah ape hal nak taip pasal ni? Haaaaaa? Kenapa kenapa kenapa? Actually.. sharing is caring. Aku just nak share pasal nie. maybe ada yang tak tahu and maybe ada orang yang dah tahu. kan?
Hahaha, okay la, salah satu sebab aku teringin nak taip entry pasal nie sebab aku rasa sekarang ni musim orang jadi batu api. Okay, pernah dengar pasal batu api ni kan? Maksud batu api ialah ORANG YANG SUKA MENGHASUT.. Lebih clear korang tengok gambar yang aku lukis kat bawah ni. haha, nampak sangat aku ni buta seni. tak reti melukis...

Ooo, maknanya, dia tu jadi talam 123483474373 juta muka. Depan cakap lain, belakang pulak dia mengutuk, mengata, mengeji, menghina dan macam-macam M lagi lah.. Ish ish ish.. seriously, aku pun tak suka dengan orang macam nie. Kemon la.. Kenapa jahat sangat? kenapa sanggup buat macam nie? apa salah orang yang tak bersalah tu? Haaah? Dengki ke ape?
Kau tahu tak bila A dan B tengah bergadoh, then kau yang si C nie duk jadi batu api sibuk nak bagi orang makin kusut, kau ni dah ape hal? Macam nie la, bila A dan B gadoh, ape laaa salahnya bila si C nie tolong damaikan si A dan si B nie.. kenapa perlu terukkan lagi keadaaan? Boleh menang award ke kau jadi batu api? Ingat ye si C, even orang tak tahu apa yang kau buat, Allah still tahu sbb Allah maha mengetahui. Kau sorok la benda tu sampai dalam lubang cacing sekalipun, if orang dapat tahu, kau sendiri yang malukan diri kau. Kesian orang yang tak bersalah tu.. Kau kalau nak menilai orang pun, jgn sampai sakitkan hati orang.. "Judging a person does not defines who they are. it defines who you are.."
Aku pun bukan baik sangat, tapi aku ni takde la sampai sanggup buat macam tu. Aku tak perfect, aku taip entri ni sekadar berkongsi, apa-apa tak puas hati, sila komen. 



susah nk ckap ngan org y sntiasa pkir y die sntiasa betol..

anyway..hope one day..anda akan sedar atas kesilapn anda..
jngn da terhantuk t bru nak myesal..


.....x emosi kan?????



sekian..assalamualaikum..