Sunday 14 April 2013

AGREE!!

assalamualaikum....

Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan.

Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa .

Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya ^^,

seriously...

assalamualaikum....

Kata seorang guru :

Apabila kamu bertunang dengan istisyarah dan istikharah, kemudian kamu diuji dengan wanita lain yang dilihat lebih baik, itu tandanya tunangan kamu itu yang terbaik. Ini kerana syaitan sedang mengada-adakan keburukannya agar pernikahan kamu terbatal. Maka, tatkala akad sempurna, hilanglah fitnah syaitan, bahagialah rumahtanggamu.

Manakala kebiasaan pada perhubungan secara tidak baik, pasangannya akan sentiasa dihias oleh syaitan, lantas dia tidak dapat melihat keburukan pasangannya. Maka, tatkala lafaz akad nikah sempurna, hilanglah hiasan syaitan, maka terdedahlah satu persatu aib, lalu berlakulah penceraian dan sebagainya.

~Jaga Hubungan~

~~~~~~~~~~~~