selalu kn kite denga orang kate..."aku tak baik"..."aku tak baik mcm ko".."yela..aku taw aku tak baik"...
bile pikir2 balik kn..npe ea deme kate mcm 2...slalunye kalo kte ajak buat benda baik..2 la ayt2 y slalu sesetengah org nie lontarkan...seolah2 mcm.."ok..aku ta baik..jd wat pe aku nk jd baik kalo aku da taw aku ta baik"...btol ke pemikiran mcm tue??
tp..2 la mentaliti umat islam skang nie kn...tade rase nk berubah mnjdi lebih baik tapi menghukum diri sendri ngan menjadikan diri sendri tak baik..kejam kn kite sbgai mnusia bila kte hukum diri kite sendri mcm 2..kalau la tbuh bdn kte nie boley bkata kata...agk2 la..pe "mereka" akn kate ea..pkir2 kn la..sebenarnye kte dalam diam dah pon menzalimi diri kite sndri dengan membiarkan diri kite hnyut mcm 2 jer tnpa ada usaha untuk mengelakkan dari hnyut...
“sahabat-sahabat, siapa yang menggerakkan hati untuk kamu semua baca tentang artikel-artikel tazkirah, pergi ke web islam, mendengar nasyid, datang ke usrah dan sebagainya?”
Jawapannya adalah: “Allah S.W.T jua yang menggerakkan hati-hati kamu semua. Maka jangan disia-siakan segala petunjuk itu,”.kat bawah nie ade 1 petikan dari blog seorg sahabt tntg ape y kte katekan nie....bacela ea....
Kita MAHU menjadi baik tetapi di mana KESUNGGUHAN kita untuk menjadi baik itu?
Istiqamahkah kita pada jalan-jalan kebaikan?
Baik itu bagaimana sebenarnya?
Baik itu adalah apabila kita mula kembali kepada ajaran agama Allah S.W.T. Jika tidak bertudung, sudah mula mahu bertudung. Jika tidak solat, sudah mula mahu belajar solat, jika tidak mahu ke majlis2 ilmu..cuba mndekatkan dri ngan mjlis2 ilmu..n sbaginya..
Ada orang kata cukuplah aku menunaikan segala rukun yang ditetapkan.
Jawapan saya, tidak cukup baik.
Kerana anda masih tidak menunaikan hak sesama muslim.
Apa itu hak sesama muslim?
Yakni mencegah kemungkaran dan menyeru ke arah kebaikan.
Jika baik, biarlah baik yang sepenuhnya, bukan baik separuh, jahat separuh.
Bagaimana pula boleh separuh?
Seperti cerita Robin Hood. Hero itu baik, tolong orang-orang miskin yang ditindas. Tetapi jahat juga kerana dia mencuri. Tidak ke lagi bagus si Robin Hood berniaga, kemudian menjadi orang kaya dan menolong orang miskin. Selain itu boleh menjadi ahli politik, kelar dasar orang kaya yang suka menindas. Itu lebih elok dari dia pergi mencuri dan merompak.
Jadi, bagaimana anda yang punya potensi untuk menjadi baik?
Selama ini anda suka melayari web Islam atau blog seperti iluvislam.com, halaqah.net, saifulislam.com, langitilahi.com dan sebagainya.
Selama ini anda menonton cerita berunsur Islam seperti Ketika Cinta Bertasbih, Semanis Kurma, al-Kuliyyah dan sebagainya.
Selama ini anda mendengar nasyid seperti Maher Zain, Raihan.
Selama ini anda membaca majalah dan novel seperti Solusi.
Selama ini anda sering menghantar post di facebook mengenai hadis dan sebagainya.
Bukankah itu adalah potensi?
Dan potensi itu digerakkan oleh Allah S.W.T. Ini bermakna itu adalah petunjuk untuk anda berubah menjadi baik.
Anda tidak perasankah selama ini?
“Suhana, kamu dengar radio apa tu? Lagu-lagu nasyid kat situ semua bestlah.” Tanya rakan sekerja saya.
“Oh, radio online. Nasyid.fm, lagu-lagu kat sini memang semua best. Jarang dapat dengar dekat ikim,” ujar saya.
“Itulah selalu pasang ikim.fm kalau dalam kereta. Tapi tak ada pula lagu best macam ni.”
Saya terdiam.
Bagusnya, perwatakan rakan sekerja saya ini bolehlah dikatakan lelaki lembut, suka bersolek. Tetapi dia ada potensi itu.
Potensi untuk menjadi baik.
Maka jangan kita memandang orang itu dengan pandangan negatif.
Cukup baikkah kita untuk menilai dan menghukum seseorang?
Anda sentiasa mahu menghukum dan mengkritik, tetapi anda pernahkah mendoakan orang-orang yang dikritik itu menjadi baik?
Justeru, keluarkan potensi yang ada itu. Jangan biarkan ia statik tanpa dialirkan. Kita boleh menjadi lebih baik jika membina potensi baik itu dengan semaksima mungkin.
Jika mahu jadi baik, lakukan dengan kesungguhan. Jangan takut untuk menjadi baik. Cerahkan pemikiran anda bahawa baik itu disukai Allah S.W.T, kita suka jika Allah S.W.T suka bukan?
Jangan sia-siakan petunjuk yang Allah S.W.T beri. Takut nanti Allah S.W.T tidak memberi lagi. Jika berlaku begitu, bukankah kita yang rugi?
dah bace kan???haa..jadi..ape lagi alasan kte untuk tanak berubah mnjdi lebih baik..jngn jdikan alsan.."aku tak baik" untuk tak mnjdi baik..haa..mcm ne 2...pikir2kn ea sahabt2..
*terkilan bile ade rakan y kate mcm 2 bile d ajak pergi ke mjlis ilmu..rase sebak sngat....tataw mcm ne lagi nk wat..takowt bile cakap..t jdi pergadohan plak..tp kawn2..pecayela..kte syg kowg smua n kte nk y tbaik untuk kawan2 n sahabt2 kte..bukn kawn n sahabt namenye kalo mmbiarkan sahabtnye tros hnyut kn...kte taw kte mmg ta smpurna..kte taw kte bnyak juge lemahnye lagi..tp slah ke kalo kte nk ajak kowg sme2 mncari phala??salah ke kalo kte nk ajak kowg sme2 berubah mnjdi lebih baik???salah ke kite???...
ya Allah...aku mohon pada Mu ya Allah..agar Kau tabahkanlah hatiku..jngn la Engkau biarkan aku tros hnyut dan lalai Ya Allah..aku mhon petunjuk Mu Ya Allah..Engkau bukaknlah hati sahabt2 ku..aku mohon agar aku tidak berputus asa untuk mgajak mereka ke jaln Mu..ameennn..

No comments:
Post a Comment