Monday 14 November 2011

duhai diri??

duhai diri,
kenapa??
kau mengeluh kepenatan,
kau muram kekecewaan,
kau murung kesedihan,
kau resah kebimbangan,
hanya kerana..
mereka tidak hadir
pabila kau ajak mereka pada kebenaran..

wahai diriku,
bukan niatku melontarkan hamunku,
cuma teguran setulus salju,
x seharusnya kau begitu!!
kufahami impianmu,
supaya kita semua bersatu padu,
kusanjungi ketulusanmu,
mengajak ke jalan y Satu,
namun....
realiti memg tak seindah yang dimahu,
lantaran jalan ini terlampau berliku,
perlukan kesabarn dan keteguhan y jitu
kau harus hayati hakikat itu..

ingatilah peribadi pejuang sejati,
Baginda tabah meniti hari,
bermula dari seorg diri,
menyampaikan dakwah sembunyi2..
bukannya Baginda tidak berani..
namun itu tertib wahyu, strategi Rabbi..
ucapannya bukan dari nafsu melainkan wahyu y suci
ucapannya hikmah dari kalbu bak embun pagi
disambut oleh hati y bersih dan jiwa y fitri
fikrah djernihkan,akl didekati
ajarannya menyentuh hati sanubari
juga dengan hujah dan keternagn hakiki..
dengan hikmah dan pengajaran penuh seni
bila mana ada perdebatan dirungkaikan hati2..
bila mana dizalimi dilontarkan doa kasih nan sejati..

suburkan berbaik sangka,izni..
agar hatimu tenang..
barulah makin kuat jadinya..
bukan dirundung kelemahan..
perbaharuilah iman..
saban ketika..
ingati janjiNya..
keredhaan dan syurga..
sedari sunnah perjuangan..
dipenuhi derita..
dihujani kepayahan..
untuk kautempuhinya..
dengan ketabahan..
jadilah org y menang!!
***dipetik dari novel "tautan hati"..***

........nk reka sendri..ta reti...tapi puisi nie betul2 mmberi 1001 erti untuk kte supaya ta mudah berputus asa untuk ajak kawan2 ke jalan Allah..moga dpermudahkan..ameeennn....

No comments:

Post a Comment